PecoPeco ♡

Speak Louder ♡


1 2 3 4



OLD ENTRY ♡

Lelaki oh lelaki
Tuesday, 20 May 2014 02:16 | Written by me | 0 comments


Ini bukan tajuk lagu atau puisi untuk hari guru.  Bukan juga tajuk pertandingan untuk melukis poster tapi ia luahan hati kecilku yang bernama sang hawa. Bukan untuk meraih populariti mahupun bergelar sang gedik tapi itulah hakikatnya.




Cukup. Aku rindu.

Berapa kali aku bermain dengan jari jemariku menekan kekunci di keyboard ini dan mouse kecilku. Hitam kesemuanya. Hatiku pun begitu. Kedengaran lagu Rindu setengah mati --D' masiv. Syahdunya. Berombak kencang hatiku. Arghh, perasaan memang begitu. Perajudis kesemuanya! Mungkin takdirku. Tertunduk diam seribu bahasa. Aku tewas dengan perasaan sendiri. Pasrah. Bangkitlah aku dari kesedihan ini.

Mimpi. Bukan mudah digarap sinopsisnya. Datang dengan jelmaan wajahmu. Seolah-olah ada pengarah di sebalik tabirnya. Bertahun ingatan kepadamu sudah tiada. Ku buang terlalu jauh. Kosong. Tapi mengapakah hari ini? Persoalannya? Aku bingung. Demi tuhan aku keliru. Kisahku benar dan bukan kisah khayalanku.


Aku tahu kau gembira. Pasti.

Mungkin kau sudah melupakanku. Ternyata. Bukan untukku menagih simpati darimu. Berkongsi kasih denganmu bukanlah keutamaan ku. Sungguh! Kau sudah berpunya. Gadis mu terlalu cantik. Sepadan dengan mu. Impian kau. Terlaksana bukan? Kau bahagia di sana. Dulu lain sekarang berbeza. Dulu aku terlalu menggilai kau. Tapi sekarang ini, TIDAK :( Kau hanyalah kenangan yang banyak mengajar aku erti sebuah percintaan.

Kenangan.. Tolonglah pergi.

Kau meronta kepadaku. Di hadapanku. Menyuruhku kembali ke pangkalmu. Memanggil namaku. Ayat yang dilontarkan oleh kau sungguh berbunga. Reaksiku? Berdiri tegak seperti sedang menyanyikan lagu kebangsaan. Sikit, setengah mahupun separuh aku tetap tidak berganjak. Memandangmu sungguh tidak bagiku. Ya, aku kejam! Kau tetap meronta. Kau berkata kekasihmu yang dulu mahupun sekarang bukanlah pilihanmu yang tepat dan pasti bukanlah untuk hidupmu. Apa yang kau inginkan ialah Aku, Aku dan Aku. Melutut kau di kakiku. Hatiku tersentuh. Terpana seketika. Hujan mulai turun membasahi bumi. Aku tetap diam tidak berganjak. Aku ingin mendakapmu didalam pelukanku. Ingin aku rendahkan keegoaan ku tapi sungguh berat bagiku. Aku tak bisa sayang. Entah mengapa , bukan aku yang pinta. Sungguh aku tak bisa.


"angah, bangun. Dah pagi ni"

Tersentap aku dari lamunan. Bangkit terus aku dari tidur yang panjang.

Jam menunjukkan pukul 7.50 pagi. Tidak silapku. Aku tidur terlalu lena tanpa gangguan terjaga pada waktu tengah malam. Otakku mula beroperasi untuk mengolah serta berfikir. Apa mungkin aku bermimpi akan manusia yang pernah suatu ketika dahulu bertakhta di hati dan pernah suatu ketika dahulu aku menggilainya. Sebegini jadinya, aku terseksa..

Petang itu ..

Hati ku mulai teringin untuk menjengah ke profile mu. Jari jemariku mulai beroperasi dengan menulis namamu dan mencari cari profile mu. Aku melihat gambar gambar mu yang pernah suatu ketika aku menyimpannya.  Hatiku mulai berlagu pilu. Aku tahan air mata daripada jatuh. Sungguh aku tewas dengan perasaan ku sendiri!

Berjuta kenangan tapi ini yang satu aku tidak mampu untuk ku lupakan. Bak kata samsons ,
Kenangan terindah ..

Mungkin mereka yang membaca tidak tahu siapa atau tahu siapa. Mungkin tanggapan mereka salah mengenainya. Ceritaku hanya satu. Ingin menamatkan mimpi yang membuatku bingung dan bertanya mengapa dan kenapa? Seraya itu, segala momen indah menjelma di ingatan. Ya aku insan kerdil yang tak betah melawan perasaannya sendiri.

Aku lemah. Rapuh dalam ingatan. Rapuh untuk melawan hati. Rapuh untuk melawan mimpi. Entah mengapa aku bingung. Apa tandanya? Ahh, lupakan. Kenangan sekali menjelma di ingatan. Manusia tidak maksum. Aku lemah pada situasi yang berlaku. Biarlah kenangan itu aku simpan di sini, tamatkan segalanya di sini. Mimpi itu mungkin mainan tidur.

Aku inginkan segalanya mempunyai titik noktah walaupun ianya sudah ternoktah. Aku ingin menutup segala kekalbuan hidup. Ingin dan pasti! Noktah tentang segala cinta dan kenangan. Noktah tentang kau yang pernah menjadi pewira hati aku suatu masa dahulu.

Mimpiku. Pasrahku. Segalanya berlalu sepi. Aku akan ceritakan semuanya disini. Pasti! Bukanlah untuk menagih simpati. Tetapi untuk berjumpa titik noktah yang kucari. Mimpi yang tidak pasti.


Nota kaki : Maaf ayat terlampau bersastera, saja nak test skill menulis! Harap maklum, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati tataaaaaaa~











Next
Back

Post a comment