PecoPeco ♡

Speak Louder ♡


1 2 3 4



OLD ENTRY ♡

Sakit itu indah.
Wednesday 2 May 2012 07:24 | Written by me | 2 comments

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi kita pada malam yg indah nan permai. Pheww~ Bosan bosan bosan. Ingat nak lepak tengok HBO malam ni. Al-maklumlah, astro kan menang award. So, lebih dari 130 saluran diberi secara percuma hingga 6 mei. 6 mei! Ehem ehem ehem adalah (n_n) Nak tak nak, terpaksa ambik kesempatan disebalik kebaikkan astro. Hehehe peacee ;D Nampak gayanya rancangan aku nak tido lewat malam ni tak menjadi lah bedah oi. Kenapa? Ntah aku pun tak tau. Kabonya ada something wrong dengan astro dekat rumah aku. Aku pun tak tau kenapa. Huwaaaaa online blog jelah nampak gayanya. Online blog? Pun boleh =,= Eh eh, aku tak pergi sekolah ke esk? Siap buat rancangan nak tido lewat lagi. Haaaa tulah yg aku nak citernya. Yang selebihnya diatas hanyalah mukadimah kata semata mata.

Ekceli dah tiga hari aku tak datang sekolah. Yang sehari tu ditambah dengan cuti buruh. Esk aku still tak sekolah lagi. Jumaat tak tau lagi. Kenapa? Sebab aku kena alergic + tangan aku dua dua belah bengkak. Adoi sakit tak terkata. Nak melantak pun susah. Yelah dah nama pun tangan bengkak. Acano nak makannya oi ujang. Aku pun tak tau fenomena apa yg sedang melanda diriku. Dah lah dekat muka alergicnya. Dekat bawah bibir dengan atas bibir. Yang aku tak boleh blah tu kan, bibir bawah aku tu bengkak. Alahai...ngeri aku nengoknya -.- Dah tu mcm mana aku nak pergi sekolah? Dengan alergic berwarna kemerah merahan + warna ungu lebam yg bertempek kat muka. Hoi hoi hoi tidak sama sekali aku nak memalukan mukaku. Sangat hudoh T_T Dah lah tangan dua dua belah bengkak. Tak sanggup den nak menahan sakit semata mata hendak menulis kerja sekolah yg diberi oleh cikgu disekolah. Dan entah kenapa ayat aku begitu berbelit belit -.-

Untung sabut timbul jugak aku ada MC. Yeayy freedom! Freedom lah sangat. Kau tak tau betapa banyak pelajaran yg kau tinggalkan minah oi -_- Nak buat mcm mana kan. Dah dapat cuti. Yang penting kita enjoy! Menggeletis betul minah ni -.- Minah mana? Minah belakang rumah aku. Kah kah kah! Okay tolong berhenti buat lawak kurang bijak. Ekceli, aku baru balik dari klinik. Nak kena cucuk. Sakit bebenor. Aku rasa doktor tu tak reti nak cucuk orang. Pakai hentam je dia cucuk lengan aku. Dah lah tak sediakan kapas. Kena nak atau tak nak, ayah aku kena ambikkan untuk doktor tu. Kabonya ayah aku kenal doktor tu. Sebab ayah aku kerja kat HTAA. Dan doktor tu pun kerja kat HTAA. Conferm lah kenal. Hamboi~ siap boleh bergurau senda. Dan muka aku mcm takde perasaan dengar diorang berborak sakan. Apa pun doktor tu pegang dagu aku. Mana boleh! Aku tak suka aku tak suka. Rasa nak marah je tapi nak buat mcm mana. Darurat. Kena redha ;D

Dan aku bersyukur sebab dapat sakit. Yelah, dapat hapuskan dosa dosa kecil. DIULANGI! Dosa dosa kecil je. Dosa dosa besar hangpa mintak ampun dekat Allah s.w.t okay =) Bagi aku, sakit itu indah. Sebab aku boleh ambik kesempatan dalam kesempitan. Okay we rock! Hanya orang bersifat seperti aku akan dapat memahami apa maksud disebalik "Kesempatan dalam kesempitan.." Eh awk faham? Okay kita geng ;D Sila bersabar. Aku pun tak tahu kenapa banyak sangat penggunaan "Okay" dalam post aku kali ini. Tak terkecuali penggunaan huruf vokal "Ekceli.." Okay dan itu aku rasa dah biasa -.-
Peace no war!



Next
Back
Blogger EmeLiena said...

waalaikumussalam tuan blog.. hehehe, amboii. dapat MC yerr. takpa, lepak jer kat rumah dulu aa (:

 
Anonymous Anonymous said...

Ya,betul tu,dapat hapuskan dosa kecil^^Semoga cepat sembuh.

 

Post a Comment