PecoPeco ♡

Speak Louder ♡


1 2 3 4



OLD ENTRY ♡

Menyepi
Saturday 17 December 2016 08:12 | Written by me | 0 comments

Assalamualaikum,

Wahh berhabuk blog ni eh. Kesian kan kan padahal dekat sini ler tempat aku mengadu suka duka aku dulu, pasal Mr Detective Conan la, pasal aku punya puisi cinta hengkooooo macam macam tapi kini bukan aku melupakanmu tapi dah ada wechat sebagai penggantinya kuang kuang. Eh takdelah takdelah mana boleh aku lupakan engko sedangkan engko yang setia bagai nak rak dengan aku dulu. Yela kan, mana tak setianya sampai aku menangis nangis update dekat sini dulu pasal Mr Detective Conan dulu dan ko ada situ.....mendengar tangisan ku eceh.

Eh blog, ko tau tak kurang dari sebulan tuan ko ni dah masuk 20-an. Sedangkan masa aku tengah syok layan ko, umoooooooo aku baru belasan tahun. Masa tu tengah syok dengan main coding, blogwalking blog orang sampai pagi buta sebab nak kejar follower (batak gile), dengan loyar buruk memanjang dekat blog ni. Sekarang ni loyar lagi tapi dah jadi loyar cantik. Pasal dulu tembam sekarang kurus sikit ****promot diri mana tau ada bakal mak mertua main blog**** ehehe takdelah, aku tetap tembam selamanya pasal tembam tu kan cute. Tapi cute cute pun takde orang nak, ko rase? Aku syak, aku kena operate muka aku dan mulakan identiti baru tanpa ketembaman dimana mana. Weiiii ko dengar takkkkkkk, oh tak dengar. Pasal ko bukan hidupan yang bernyawa pun.

Okay perkembangan hidup aku semenjak post yang terakhir ye, kini aku bergelar bini kedua najib. Ceh..................takdelah aku cuma masih menjadi manusia la. Nak perkembangan apa lagi? Bukan aku boleh bertukar jadi ultraman pun. Ok la ok la aku serius, walaupun bukan ada manusia nak baca dah blog aku ni. Tapi takpe, aku nak syok sendiri. Pasal dah terbiasa. K. Hahahaha aku sekarang tengah menyambung pelajaran ke peringkat master. Hebat kan aku, baru 20 dah ambik master. Excuse me, typo sebenarnya. Ekceli masta, because I right now is Kak Yong =.= Sekarang tengah mempelajari subjek Sailang Orang. Motif? Takde motif sebenarnya pasal saja nak memanjangkan post ni biar nampak bijak berkata kata sikit. Yela saya sekarang tengah belajar di Politeknik. Politeknik mana? Mana mana jelah. Kalau aku cakap pun, bukan ko masuk meminang aku pun.

Sedih tau umo 20 baru nak masuk sem 2. Kesnye, terjebak dengan kencah form 6. Bunyi aku cakap macam hina sangat zaman form 6 aku. Hahahaha yang hina tu aku, bukan form 6 aku. Faham? XD Sebenarnya salah aku sebab takda pendirian diri. Takpelah memang dari dulu aku ni spesis takde pendirian itu pasal aku gemok. Sebabnya, dari 2008 sampai 2013 kata nak diet. Bile nampak makanan, pendirian aku terus berubah. Iatu, HIDUP UNTUK MAKAN!!! Tapi kan kan, bila form form 5 aku mula terfikir. Sampai bila nak gemok? Start daripada situ aku ada pendirian baru. MAKAN UNTUK HIDUPPPPPPPPPPPPPPPP! Dan mula la kehidupan aku berubah kearah kecantikan dan kelawaan, Tapi idok ler lawa mana kan tapi humm kalau letak muka aku sebelah Akak Rosmah, memang la aku lagi lawa heheeheeeeeeeeeeheheheeeeeee.

Sekarang zaman belajar dekat Politeknik, best gak la sebab life baru. Kawan kawan baru yang aku tak pernah kenal langsung. Belajar pulak dengan adik adik kan tapi yang jadi isu, adik adik selalu cakap akak nampak muda. Memang muda pun, takpe akak terima pujian itu terima kasih banyak banyak ye. Haahhhhhhhhahahaha ok sebenarnya azam aku bile masuk Politeknik ni kan nak ubah diri aku supayaa jadi banyak cakap sikit. Misi tu tak berapa berjaya masa sem 1 tapi dah masuk sem 2, dah start banyak cakap yeayyyyy! Bukan apa, sem 2 ni banyak sangat campur dengan budak kelas. Group kitchen la, group F&B la macam macam. So nak taknak, terpaksa bercakap. Tapi kan kan aku sekarang dah pandai masak roti tauuuuuuuuuuu, aku belajar kat kelas kitchen. Hihi bakal suami saya, nanti hari hari ayang masakkan roti untuk abang sebagai tanda penghargaan kepada lecturer ayang kerana sudi mendidik ayang menjadi pembakar roti sejati *gile sorang =oo= (hidung kembang tahap jari kaki boleh masuk)

Alamak, banyak pulak den membebel. Takpelah, berhenti takat tu jela eh? Ke ko nak dengar aku cerita lagi? Ok nanti aku cerita, tapi 10 tahun lagi la. Hahahaahahahaha, ape pun terima kasih blog ku sayang sebab pernah jadi pendengar setia ku dari aku umo 13 tahun. Walaupun ko tak berbunyi sepatah haram pun, aku rasa lega bila mengadu dekat sini. Banding aku mengadu dekat manusia, hanya kesedihan yang aku dapat. Pilu sangat ayat aku. Syahdu tak? Haah tak syahdu pun. Bye!

Next
Back