PecoPeco ♡

Speak Louder ♡


1 2 3 4



OLD ENTRY ♡

Kenangan seisi alam~
Tuesday, 24 April 2012 02:06 | Written by me | 1 comments

Assalamualaikum,

Macam mana sekolah? Okay ke? Sorry aku tak tanya "macam mana kerja?".. Sebab? Sebab majoriti followers aku budak budak yg baya aku je. Eh eh, lagi 10 tahun nanti baru aku cakap "macam mana kerja".. Kenapa? Sebab masa tu, semua followers aku mungkin akan sebaya dengan aku. Geng geng bloggers 20-an :D Huhuhu. Rajin betul update entry dari sehari ke sehari. Bilalah nak sedar yg Pmr nak dekat. Tolong lepang mukaku.. Sah dan memang sah yg perkhemahan akan ditangguhkan sehingga bulan 6! Ohh memang sengal... Dah happy giler nak pergi T.T Almaklumlah, first time pergi khemah. Ahhh kenapa kenapa kenapa?! Ekceli, tu bukan cerita yg aku nak cerita dekat korang. Ekceli, aku nak mengenang balik zaman zaman kegemilangan aku. Cewah cewah~ cakap mcm pernah masuk Anugerah Muzik Muzik je. Phewww~

Tadi sebenarnya aku bukak youtube. Ingat nak seacrh lagu lagu hip hop :D Eh tiba tiba tersalah taip lagu Kristal - Luahan Hati. Hehehe.. Layan pulak sampai nak termenangis. Kenapa? Sebab diorang tu so handsome. Sedih dan sebak tengok muka diorang. Lebih lebih lagi Lan. Sebab? Sebab dia dah kahwin. Huwaaa... kenapa? Sampai hati.. Ececece -__-  Kan aku dah kabo yg aku minah jiwang. Seorang ladies yg begitu suka melayan lagu daripada kumpulan kumpulan tangkap leleh. Tapi nak buat mcm mana. Takkan aku nak rampas suami orang pulak. Eeee tak sesuai. Tapi.. tapi.. aku ada minat sorang lagi ahli kumpulan dalam Kristal tu. Haa nak tau tak nak tau tak? Jup nak cari gambar dia dekat google ;D 



Itu dia itu dia. Oh oh oh kenapa engkau gojes sangat? Hehehe.. Yg mana satu? Alaa yg sebelah kiri tu. Yg ada pakai rantai. Wahh comelnya. Kalau dia potong rambut dia, mesti lagi comel dan memikatss hati para ladies. Hehe.. Aku tak tau lah dia dah berpunya ke belum tapi ada aku kesah? Huahaha <-- gelak jahat -_- Aku ingat lagi video klip kumpulan Kristal yg lama lama. Dia kecik lagi. Waaa masa tu aku dah terpikat. Tapi aku lebih berminat dengan Lan. Kenapa? Entah aku pun don't know. Bila Lan dah berubah hati, aku pun berubah hati. Sepenuh perhatian hanya untuk dia.. Jejaka berambut panjang.. Pertama kali ku mendengar suaramu.. Sayunya hatiku merindui dirimu.. Walaupun belum kita bersua muka namun aku tetap jatuh cinta.. Oh oh.. Itulah yg dah terjadi dekat aku. Aku dah jatuh cinta dekat jejaka berambut panjang walaupun aku belum bersua muka dengan dia. Jejaka berambu panjang.. Izinkanku menjadi seperti rambutmu yg wangi yg dikau belai setiap waktu. Ohh jejaka berambut panjang.. Erkkkk masalah senget kepala dah datang daa... T__________________T

Hahahahaha asal dengan aku? Dah terkena panahan asmara ke? Pheww ayat gojes gila :D Takdelah, aku masih meraung dekat Mr Conan. Don't worry worry. Jejaka berambut panjang is only my scandal. Secret secret okay ;D Doktor.. kepala sy dah senget balik bila bukak blog ni. Aduhai... eh eh sebelum terlupakan, jangan lupa undi Kristal dalam Mania okay? Okay beres gua chow~

Next
Back
Blogger miss chentacinta said...

High Five \Y/ Kita sama :D Tapi sayang kristal dah kuar :'(

 

Post a Comment